Monday 25 March 2013

e-filing

Bulan Mac hingga April setiap tahun bermulalah rutin tahunan untuk melengkapkan tafsiran cukai pendapatan.Tahun ni first time aku kene buat e-filing , asalnya mmg nampak macam payah nak buat, tapi sebenarnya benda ni memudahkan kerja kita drpd nk kena isi borang dan kira sendiri cukai samada TERLEBIH BAYAR atau nk kena TIDAK CUKUP BAYAR.

Tatacara jika pertama kali nak buat e-filing :

1. Sila hubungi Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) mengikut negeri masing-masing untuk mendapatkan
    NO PIN anda - ni no LHDN Seremban 06-7665000 (talian tel mmg agak sibuk skrg )
2. Setelah dapat NO PIN lawati laman web www.hasil.gov.my
3 .Dapatkan carian e-file
4. Click pada Login Kali Pertama - ikuti langkah yang diberikan step by step
    Lengkapkan semua borang yang perlu diisi ( jgn lupa kumpulkan semua perbelanjaan yang anda lakukan
    pada tahun ditafsir
5. Setelah selesai anda akan mengetahui nilai cukai yang dikenakan secara automatik.
6. Jika terpaksa BAYAR sila lakukan di bank-bank yang telah dinyatakan atau gunakan sistem e-bayaran
7.  Cetak semua dokumen untuk simpanan anda - selamat mencuba

*TIPS : Jika kurang yakin dapatkan bantuan rakan-rakan anda yang telah berpengalaman melakukan e filing.

Bisanya ada membayar cukai yang mendapat pulangan semula yang dikreditkan terus oleh LHDN ke akaun peribadi jika berlaku lebihan bayaran. Untuk tahun ni terpaksalah aku bayar RM 41.26 sbb banyak dokumen perbelanjaan yang tidak disimpan. Jadi tahun 2013 ni kene buat sistem filing dengan baik. Sasaran e filing 2013 ialah '0' bayaran.

No comments:

Post a Comment