Tuesday 31 May 2011

Program Majlis Dialog Bersama Industri




Tarikh: 31 Mei 2011
Tempat: KK Jempol
Masa : 09.00 Pg ~ 1.00 Ptg

Sekitar Majlis

orang2 kuat

persediaan awal

majlis berlangsung

nyum2 sedapnya makan

pameran projek pelajar SMK

pn pengacara majlis


Tahniah kepada Unit LI dan Program STE sbb telah berjaya menganjurkan program ini. Syabas kepada kawan2 ku kamu mmg hebat.


MENGAPA ISTERI CEPAT BOSAN ?????


Isu ni agak berani tetapi aku cuma sekadar bertanya adakah ia benar. Beberapa teman membuat pengakuan seperti ini. Adakah mereka ini bosan dengan isteri atau isteri yang telah bosan nak melayan suami mereka menyebabkan si suami cuba mencari hiburan diluar? apa terjadi pada kasih sayang yang telah disemai semasa diawal perkenalan yang segala-galanya manis belaka. kata orang tua2, kentut pun bau wangi..hehe... ada sebuah kisah yang aku sendiri merasa ada benarnya. Kisahnya kuringkas begini



masa bercinta : jalan pegang2 tangan

bila dah kawin : pegang tangan juga tp kureng sikit lekatnya

bila isteri dah beranak : isteri jln dengan anak, si suami dah berada jarak yang jauh kebelakang atau kedepan.


Masa bercinta : kalau bergayut di handphone, sibuk berebut siapa nak letak dulu..sampai 30minit juga kan

bila dah kawin : call pun bila kadang2.

Bila dah lama kawin : nak call bila btl2 perlu saja.kdg2 tak sempat nk kata bye pun dah kena letak.


Masa bercinta : sibuk tanye bila nk bawak kenal ngan mak & ayah die

Bila dah kawin : malaslah nk balik rumah mentua

Bila dah lama kawin : kalau awak nk balik awak balik lah sorang2.


Masa bercinta : bile kita nk keluar dating ni. rindulah ..... ( baru 2 hari lepas jumpa)

Bila dah kawin : kita duduk rumah jelah tengok tv

Bila dah lama kawin : malaslah saya nk keluar ngan awak ni!


rasanya ada kebenaran juga kan...

Jadi mana perginya romantiknya sisuami?

Mana perginya manja si isteri?


Dan rata-rata lelaki atau suami bila dgn kawan perempuan lain atau "awek" semua tu refresh balik, tapi kenapa tak refresh balik dengan isteri, isteri pula macam dah hilang nak manja2, mgkin sebab baru nak manja, kena 'sound direct' kau da buang tebiat ka?

KARAK oh KARAK

Semalam akhirnya aku dapat gi nonton filem KARAK setelah hampir 5 bln bergelar isteri inilah kali pertama dpt gi tgk wayang. Sinopsis filem Karak...............Nik ( lakonan Shahir AF8),Jack ( xtau nama) ,Zura( heroin x tau nama gak) dan Ida ( lakonan Kilafairy) merupakan pelajar universiti area pantai timur. Mereka melalui higway Karak menuju ke universiti. Tepat jam 12 mlm berlakunya kesesakan lalulintas yang agak luar biasa di higway karak menyebabkan mereka menggunakan laluan lama untuk menjimatkan masa perjalanan. Masa behenti kat pekan karaklah die org jmp macam2 hantu. Lepas tu mereka bertembung ngan wokswagen kuning menyebabkan mereka mengalami kemalangan dan bermulalah perjalanan yang menyeramkan..........

** aku bg 3 bintang je untuk cite ni tp sbb KRU yang buat so agak menariklah dengan CGI yang digunakan.
try tgk preview filem ni.....................
http://www.karakthemovie.com/

Aktiviti Harian Isteri

Tak semua isteri mempunyai tugasan harian yang sama setiap hari, namun kalau dilihat hampir semua isteri akan melakukan tugasan yang sama. Samaada isteri yang bekerjaya mahupun yang menjadi surirumah sepenuh masa. Jom lihat tugasan harian aku pada catatan seminggu:

ISNIN

6.00 pg - Jam dah berbunyi tp aku snooze smpai 2 ke 3 kali.
6.30 pg - barulah mengeliat sibuk nk gi mandi ( tgk sebelum lenanya suamiku tidur)
7.35 pg - ambil towel terus gi dapur masak air
7.45 pg  - siap mandi dan buat apa2 yang patut terus buat air untuk suami (teh / nescafe)
7.00 pg - bersiap pakai baju kerja tp tgk jam dah kul 7.15 pg yang sempat tepek bedak ngan pakai gincu sikit.
7.30 pg - bersalam ngan suami dan start kereta untuk pergi kerja (dalam perjalanan klu xde kereta atau lori yang makan angin oklah klu 
               ada jd sakit hati)
7.55 pg - berlari2 ke thumb print takut lambat
8.05 pg  - kuar dulu gi sarapan
8.30 pg - baru masuk office dan on PC
9.00 pg - Sblm start keje on FB dulu klu x hati risau
10.00 pg - baru mulakan kerja yang tertangguh. buat kerja mana yang penting dan segera dulu
12.00 tgh - alamak perut dah bunyi so kumpul kengkawan untuk gi makan (rehat 1 jam je tp biaselah org perempuan)
2.00 ptg - gi lepak surau solat
3.00 ptg- masuk office dan smbg kerja
4.58 ptg- off PC dan tunggu kat thumb print nk balik
5.00 ptg - lepas thumb terus start kereta nk balik
5.30 ptg - smpai rumah solat jap , pastu tgk tv jap, bg comot mkn ( comot tu anggora aku)
6.30 ptg - start kemas rumah dan masak
7.00 ptg - suamiku pulang dari kerja
8.00 mlm- dah solat kami pun mkn mlm
8.30 mlm - tgk tv jap pastu sidai kain sbb time masak td sempat basuh kain.
11.00 mlm - sblm tido - kemas dapur, masak air, isi air dlm botol, lipat kain, kemas katil pg td sbb suamiku malas kemas katil, gosok baju nk gi kerja ........bla bla bla lepas tu baru leh masuk tidur
** macam tulah tugas harian aku setiap hari ( Isnin hingga Jumaat) tidak termasuk hari bercuti.
** nanti kita smbung pulak camne tugasan aku pada hari Sabtu dan Ahad.

Saya Budak Baru Belajar, Kalau Salah Tolong Tunjukkan

Hari ni 31/05/2011 bersamaan hari selasa 27 jamadilakhir 1432 H buat pertama kalinya saya dah ada blog sendiri. Semua kengkawan sibuk buat blog jd terasa pulak nk ada blog sendiri. Dengan berkat tunjuk ajar dan kaedah cuba jaya akhirnya ter"create" lah blog ni. Jadi kepada sesiapa yang terbaca blog ni jgn lupa Tunjuk Ajar Ku Sifu.