Wednesday 8 June 2011

Username & Password

hidup aku penuh ngan username & password.Bila nk click ape2 pun sume nk guna 2 benda ni!
contoh:
  1. maybank2u & seangkatan dengannya
  2. on pc
  3. email
  4. blog
  5. masuk bilik
  6. ATM
  7. telefon
pendek kata....kadang2 aku pun confius !!!!!!dunia oh dunia

Bila Kengkawanku Bosan

Bosan...............
Kesian ngan kengkawan ku bila dia org dah start bosan
Sbb ape?
Unit Exam xde keje lg sbb time ni student tgh exam
minggu depan baru start huru hara
game kat FB dah katam dah xlarat
tolonglah kami gi shooping2 untuk release tension
sorry kengkawan aku pun x dapat tlg........................................................................

Keseronokan Bekerja

Sebut pasal bekerja semua orang tahu ia merupakan satu keperluan. Zaman sekarang ni lelaki ke perempuan semua nk cari duit sendiri kecuali yang dasar pemalas. Ada duit semua barang idaman pun dapat beli. kalau nk kawin pun kene kerja dulu baru blh dapat kebenaran. Kita belajar sungguh2 pun sbb nk dapatkan kerja yang baik. Bila keputusan exam baik dapatlah kerja yang senang dengan gaji yang besar. Tapi x semua org yang x pantai pandai belajar tu tak dapat gaji yang besar cuma kena usaha lebihlah sikit dan kerja keras. Di zaman ni semua org nk kerja senang tapi gaji besar, x mustahil cuma x semua orang blh dapat ape yang diidam.

Bila dah dapat kerja pulak mestilah kita nak kerja tu x susah + gaji besar + berkerja dengan seronok

Faktor2 tempat kerja seronok:( pendapat akulah bukan pendapat org ramai melalui kajian)x setuju xpe

  1. Tempat ada aircorn
  2. Kawan2 sekepala
  3. Boss baik
  4. Kerja xde due date
  5. baik ngan semua org (xde musuh)
  6. gaji dapat tepat pada masa
  7. leh buat OT untuk tambah pendapatan
  8. cuti tahunan 30 hari
  9. leh claim untuk kerja luar kawasan
  10. ada bonus
  11. ada medical card
  12. dan LAIN-LAIN
 Perkara no 2,3 hingga 9 perkara yang wajib ada tapi no 1, 10 & 11 tu klu ada jd satu keistimewaan tambahanlah. Tapi bila salah satu perkara wajib tu xde maka keseronokan bekerja pun hilanglah , maka terjadilah mcm alasan klu malas nk gi kerja macam kat bawah ni.

Alasan malas nk pergi kerja:
  1. Duit banyak lagi
  2. Demam ( mc blh je beli )
  3. Bencana alam ( rumah die je banjir )
  4. Kereta / motorsikal rosak
  5. Jalan sesak
  6. Lift rosak
  7. Balik kampung sbb mak telefon
  8. Nenek kawin
  9. macam2 lg lah
Itu semua adalah alasan orang yang malas nk pergi kerja sbb xde keseronokan nak bekerja. Oleh itu kita sendirilah yang kene fikirkan cara2 mcm mana nk membuatkan tempat kerja kita tu seronok. Selamat Bekerja............................!!!!!!!

Friday 3 June 2011

iPad vs Blackberry

Apple iPad 2 Malaysia Kini Percuma
Antara ciri-ciri iPad 2 ialah mempunyai rekabentuk terbaru, ianya lebih nipis dan ringan. Mempunyai kamera hadapan dan belakang, serta cip pemprosesan yang memberikan prestasi CPU dua kali ganda lebih laju. Sokongan grafik pula 9 kali ganda lebih pantas.

Spesifikasi iPad 2

  • Processor: Apple-A5 dual core processor (2 times faster than iPad’s processor).
  • GPU: Imagination’s SGX543 dual core graphics technology.
  • Storage: 16GB, 32GB, 64GB.
  • Resolution: 1,024×768.
  • Clock: 1,066 MHz.
  • Chip: GSM iPad: Infineon chip, CDMA iPad: Qualcomm chip.
  • Camera: Front facing video camera.
  • Gyroscope.
  • HDMI Support (provides output up to output 1080p).
  • 33% thinner.
  • Mirrored video output.
  • 1.3 Pounds.
  • Comes in two colors (black and white).
  • Wi-Fi version costs $499 and Wi-Fi+3G costs $629 for 16 GB model.
  • Flap covering front side of the iPad 2.
  • Height: 9.50 inches (241.2 mm).
  • Width: 7.31 inches (185.7 mm).
  • Depth: 0.34 inch (8.8 mm).
  • Weight: 1.33 pounds (601 g).
  • Battery Life: 10 hours.
  • Platform: IOS 4.3.

Harga iPad 2

Bagi aku, harga Apple iPad 2 dalam kategori yang mahal atau belum mampu milik. Kenapa harganya mahal? Sebab utama semestinya kerana iPad2 adalah produk Apple. Jenama Apple memang mahal. Ada ke produk berjenama Apple yang murah-murah? Sebab kedua adalah kualiti, barang berkualiti mestilah mahalkan. Harganya seperti berikut;

Harga iPad2 WiFi

  • 16GB – RM1549
  • 32GB – RM1849
  • 64GB – RM2149

Harga iPad2 WiFi + 3G

  • 16GB – RM1999
  • 32GB – RM2299
  • 64GB – RM2599

BLACKBERRY 9700 BOLD 2
ORI SET - RM 1670
AP SET - RM 1565 (T-MOBILE)
AP SET - RM 1575 ( SIM FREE)



BLACKBERRY 9520 STORM 2
ORI SET - RM 1605
AP SET - SIM FREE - RM 1465



BLACKBERRY 9500 STORM



BLACKBERRY 9000 BOLD
AP SET - T.MOBILE SET - RM 1445
AP SET - SIM FREE SET - RM 1455


BLACKBERRY 8900 JAVELIN


 

BLACKBERRY 8520 CURVE
ORI SET - RM 935
AP SET - T.MOBILE SET - RM 775
AP SET - SIM FREE SET - RM 845
 
 
alkisahnya bermula bila aku dan en suami berebut nk beli gajet impian sendiri. dulu telefon aku mcm kat bawah ni burukberry en suami selalu gelakkan sbb die kate budak sekolah pun dah tak pakai telefon cam ni ( xpe nanti aku beli yg lg canggih)ckp dlm hati . en suami pulak bila dah kemaruk ngan FB die pulak sibuk kumpul duit nk beli iPad. so kita org tengah berlumba kumpul duit sape dapat beli dulu gajet impian. harap2 aku dapat beli dulu...................ahak3 "jgn marah ye abg klu sy dpt beli dulu sbb nk bg abg jeles"!!!



Nokia 1680


Wednesday 1 June 2011

jangan katakan TIDAK kepada PANDA


selalu iklan je mesti tunjuk betapa x sabar nye nk beli brg tu tp yang ni sebaliknye. iklan yang lain daripada kebiasaan.

kita pun ade angora jugak lah

inilah angora kita blh x tlg carikkan jodoh untuk comot ni. (angrora betina) sbb comot ni jantan



malu pulak nk main

xnak ddk diam mase ambik gambar so kena lah pegang

ngantuk ye jom tido

Tuesday 31 May 2011

Program Majlis Dialog Bersama Industri




Tarikh: 31 Mei 2011
Tempat: KK Jempol
Masa : 09.00 Pg ~ 1.00 Ptg

Sekitar Majlis

orang2 kuat

persediaan awal

majlis berlangsung

nyum2 sedapnya makan

pameran projek pelajar SMK

pn pengacara majlis


Tahniah kepada Unit LI dan Program STE sbb telah berjaya menganjurkan program ini. Syabas kepada kawan2 ku kamu mmg hebat.


MENGAPA ISTERI CEPAT BOSAN ?????


Isu ni agak berani tetapi aku cuma sekadar bertanya adakah ia benar. Beberapa teman membuat pengakuan seperti ini. Adakah mereka ini bosan dengan isteri atau isteri yang telah bosan nak melayan suami mereka menyebabkan si suami cuba mencari hiburan diluar? apa terjadi pada kasih sayang yang telah disemai semasa diawal perkenalan yang segala-galanya manis belaka. kata orang tua2, kentut pun bau wangi..hehe... ada sebuah kisah yang aku sendiri merasa ada benarnya. Kisahnya kuringkas begini



masa bercinta : jalan pegang2 tangan

bila dah kawin : pegang tangan juga tp kureng sikit lekatnya

bila isteri dah beranak : isteri jln dengan anak, si suami dah berada jarak yang jauh kebelakang atau kedepan.


Masa bercinta : kalau bergayut di handphone, sibuk berebut siapa nak letak dulu..sampai 30minit juga kan

bila dah kawin : call pun bila kadang2.

Bila dah lama kawin : nak call bila btl2 perlu saja.kdg2 tak sempat nk kata bye pun dah kena letak.


Masa bercinta : sibuk tanye bila nk bawak kenal ngan mak & ayah die

Bila dah kawin : malaslah nk balik rumah mentua

Bila dah lama kawin : kalau awak nk balik awak balik lah sorang2.


Masa bercinta : bile kita nk keluar dating ni. rindulah ..... ( baru 2 hari lepas jumpa)

Bila dah kawin : kita duduk rumah jelah tengok tv

Bila dah lama kawin : malaslah saya nk keluar ngan awak ni!


rasanya ada kebenaran juga kan...

Jadi mana perginya romantiknya sisuami?

Mana perginya manja si isteri?


Dan rata-rata lelaki atau suami bila dgn kawan perempuan lain atau "awek" semua tu refresh balik, tapi kenapa tak refresh balik dengan isteri, isteri pula macam dah hilang nak manja2, mgkin sebab baru nak manja, kena 'sound direct' kau da buang tebiat ka?

KARAK oh KARAK

Semalam akhirnya aku dapat gi nonton filem KARAK setelah hampir 5 bln bergelar isteri inilah kali pertama dpt gi tgk wayang. Sinopsis filem Karak...............Nik ( lakonan Shahir AF8),Jack ( xtau nama) ,Zura( heroin x tau nama gak) dan Ida ( lakonan Kilafairy) merupakan pelajar universiti area pantai timur. Mereka melalui higway Karak menuju ke universiti. Tepat jam 12 mlm berlakunya kesesakan lalulintas yang agak luar biasa di higway karak menyebabkan mereka menggunakan laluan lama untuk menjimatkan masa perjalanan. Masa behenti kat pekan karaklah die org jmp macam2 hantu. Lepas tu mereka bertembung ngan wokswagen kuning menyebabkan mereka mengalami kemalangan dan bermulalah perjalanan yang menyeramkan..........

** aku bg 3 bintang je untuk cite ni tp sbb KRU yang buat so agak menariklah dengan CGI yang digunakan.
try tgk preview filem ni.....................
http://www.karakthemovie.com/

Aktiviti Harian Isteri

Tak semua isteri mempunyai tugasan harian yang sama setiap hari, namun kalau dilihat hampir semua isteri akan melakukan tugasan yang sama. Samaada isteri yang bekerjaya mahupun yang menjadi surirumah sepenuh masa. Jom lihat tugasan harian aku pada catatan seminggu:

ISNIN

6.00 pg - Jam dah berbunyi tp aku snooze smpai 2 ke 3 kali.
6.30 pg - barulah mengeliat sibuk nk gi mandi ( tgk sebelum lenanya suamiku tidur)
7.35 pg - ambil towel terus gi dapur masak air
7.45 pg  - siap mandi dan buat apa2 yang patut terus buat air untuk suami (teh / nescafe)
7.00 pg - bersiap pakai baju kerja tp tgk jam dah kul 7.15 pg yang sempat tepek bedak ngan pakai gincu sikit.
7.30 pg - bersalam ngan suami dan start kereta untuk pergi kerja (dalam perjalanan klu xde kereta atau lori yang makan angin oklah klu 
               ada jd sakit hati)
7.55 pg - berlari2 ke thumb print takut lambat
8.05 pg  - kuar dulu gi sarapan
8.30 pg - baru masuk office dan on PC
9.00 pg - Sblm start keje on FB dulu klu x hati risau
10.00 pg - baru mulakan kerja yang tertangguh. buat kerja mana yang penting dan segera dulu
12.00 tgh - alamak perut dah bunyi so kumpul kengkawan untuk gi makan (rehat 1 jam je tp biaselah org perempuan)
2.00 ptg - gi lepak surau solat
3.00 ptg- masuk office dan smbg kerja
4.58 ptg- off PC dan tunggu kat thumb print nk balik
5.00 ptg - lepas thumb terus start kereta nk balik
5.30 ptg - smpai rumah solat jap , pastu tgk tv jap, bg comot mkn ( comot tu anggora aku)
6.30 ptg - start kemas rumah dan masak
7.00 ptg - suamiku pulang dari kerja
8.00 mlm- dah solat kami pun mkn mlm
8.30 mlm - tgk tv jap pastu sidai kain sbb time masak td sempat basuh kain.
11.00 mlm - sblm tido - kemas dapur, masak air, isi air dlm botol, lipat kain, kemas katil pg td sbb suamiku malas kemas katil, gosok baju nk gi kerja ........bla bla bla lepas tu baru leh masuk tidur
** macam tulah tugas harian aku setiap hari ( Isnin hingga Jumaat) tidak termasuk hari bercuti.
** nanti kita smbung pulak camne tugasan aku pada hari Sabtu dan Ahad.

Saya Budak Baru Belajar, Kalau Salah Tolong Tunjukkan

Hari ni 31/05/2011 bersamaan hari selasa 27 jamadilakhir 1432 H buat pertama kalinya saya dah ada blog sendiri. Semua kengkawan sibuk buat blog jd terasa pulak nk ada blog sendiri. Dengan berkat tunjuk ajar dan kaedah cuba jaya akhirnya ter"create" lah blog ni. Jadi kepada sesiapa yang terbaca blog ni jgn lupa Tunjuk Ajar Ku Sifu.