Sunday 5 May 2013

Jom Mengundi

Tarikh    : 5 Mei 2013
Jam        : 11.30 pg
Tempat   : Sek Keb Juasseh Tengah
Dun        : Juasseh
Parlimen : Kuala Pilah

Tahun ni sebenarnya kali pertama pengalaman mengundi. Walaupun umur dah 31 tahun tapi sebelum ni kurang kesedaran nak menunaikan tanggungjawab kepada bangsa , agama & negara tapi rasanya tahun ni WAJIB tunaikan tanggungjawab tu.

Ini buktinya saya pergi mengundi ( gambar kat bawah)................SAYA sudah ANDA bila lagi nak jalankan tanggungjawab . Belum terlambat, lagi 5 tahun kita akan kembali mengundi jadi DAFTARLAH sebagai PEMILIH. Rugi kalau xde pengalaman sebagai pengundi. MENANG atau KALAH parti yang disokong tak mengapa yang penting KITA dah MENANG sbb berjaya membuat pilihan untuk masa depan generasi kita. Bak kata orang MEREKA yang tidak mengundi TIDAK LAYAK untuk bersuara atau MERUNGUT apa2 pasal negara kita ( minyak naik ke, harga barang naik ke, dll) . Metafora ( kalau orang lain pilihkan baju untuk kita TERPAKSA pakai longgar , ketat, buruk, cantik atau pun padan sbb dah kita TAK NAK pilih sendiri kat kedai, harap orang lain sarungkan di badan kita) so......jadilah warga Malaysia yang lebih BERTANGGUNGJAWAB. Kepada Pemimpin yang dipilih inilah masa untuk menunaikan janji anda.


Wednesday 10 April 2013

Yang Ku Idamkan

Tupperware yang selama ni di idam-idamkan telah terima memang gembira sangat..............


3 Koleksi serving daripada Malaysia & Indonesia


Comelnye..............


Wednesday 3 April 2013

Sayangi Isteri

1. Isteri adalah manusia
Kaum wanita adalah insan yang penuh dengan pelbagai perasaan emosi. Apabila mereka reda dan bahagia dengan setiap perkara yang yang berlaku, maka perasaan mereka tenang dan tersenyum gembira. Namun, jika mereka tertekan dan stress dengan perkara yang berlaku, emosi mereka mulai tidak stabil, runsing dan sering ingin lari daripada masalah yang mereka hadapi.

2. Dengar pendapat isteri

Suami isteri perlu sering bertukar-tukar pendapat tidak kira taraf pendidikan atau profesionalisme mereka.  Sering berbincanglah mengenai hal rumah tangga dan masa depan. Suami boleh bertanyakan pandangan isteri mengenai masalah kerjanya. Malah, isteri tentu berminat hendak mengetahui 'gosip' pejabat selepas seharian berhempas pulas di rumah atau di pejabat. Dari situ isteri/suami dapat mengenali karektor rakan pejabat isteri/suami secara tidak langsung.

3. Beri pujian kepada isteri
Biasakan memberi pujian kepada isteri dengan mengatakan dia cantik,wangi dan kemas dan sebagainya (ayat-ayat manis) semasa bercinta dulu. Pujian ini penting untuk menaikkan semangat isteri tatkala semangatnya hilang dan luntur. Memanglah wajar isteri agak penat kerana terpaksa bangun pagi seawal pagi bagi memastikan semuanya beres sebelum ke pejabat (jika isteri bekerja) demi keselesaan suami dan anak-anak. Kemudian tidur pula paling lewat kerana sibuk menyediakan persiapan untuk esok hari.

4. Menganggap pasangan seperti diri sendiri
Menganggap pasangan sebagai diri sendiri yang harus dihargai,dimanja, dibelai, dihormati, disayangi dan dikasihi. Semua orang suka dibelai dan dikasihi lebih-lebih lagi pasangan suami dan isteri. Mengapa selepas berkahwin cinta mula dingin dan pudar. Inilah yang sering diabaikan oleh kebanyakan pasangan. . Ke mana juga anda pergi potret wajahnya perlu anda bawa bersama.Telefonlah atau sms jika berjauhan , walaupun hanya 2 atau 3 sms dan 2 minit bercakap tapi itu sudah cukup memadai untuk isteri. Jika ini diamalkan selalu, rumah tangga akan menjadi bahagia.

5. Ingat tarikh penting
Manusia memang suka dihargai dan dikejutkan dengan pemberian hadiah oleh sesiapa saja apatah lagi daripada orang yang disayangi. Jika suami seorang yang prihatin dan menyayangi isterinya, apalah salahnya jika dia memberikan hadiah kepada isterinya. Hadiah tidak perlu terlalu mahal. Cukup sekadar seutas jam atau sehelai tudung sempena meraikan hari lahir. Jika 'budget' anda tidak mencukupi, sekuntum bunga dan sekeping kad sudah memadai. Hati isteri akan tersentuh dengan pemberian hadiah dan lebih terharu jika anda sempat menulis sepatah dua kata penghargaan di dalamnya seperti "Terima kasih di atas segala pengorbanan sayang selama ini".

6. Penuhi hajat isteri
Bukan semua hajat isteri boleh dipenuhi oleh suami. Jika isteri berhajatkan sebuah telefon bimbit atau televisyen, suami mungkin terpaksa berfikir dua atau tiga kali sebelum memenuhinya. Bagaimanapun, jika anda tidak berjaya memenuhi hajat isteri untuk masa yang terdekat, simpanlah hajat isteri anda itu dan tunaikanlah apabila anda berpeluang kelak. Bukankah pemberian itu melambangkan anda suami yang amat menghargai pengorbanan isteri?

7. Bantu ringankan tugas isteri
Suami perlu turun padang membantu isteri memasak, membasuh dan mengemas rumah. Jika anda tidak mahir memasak makanan 
.Cuba perhatikan isteri anda yang sedang menikmati makanan yang anda masak. Tentu dia berasa gembira dan tersenyum.


8. Isteri bukan pembantu rumah
Kebanyakan suami menganggap kerja rumah adalah tanggungjawab isteri 100 peratus. Walhal dalam Islam sendiri tidak ada hukum yang mengatakan bahawa isteri wajib melakukan kerja rumah. Cuma, ajaran Islam mengatakan wanita berkahwin yang taat dengan suami dan Tuhan, menjaga harta dan maruah suami dengan sebaik akan dijamin masuk syurga. Itu saja. Atas jaminan inilah ramai wanita tidak berkira dengan kerja rumah yang mereka lakukan selama ini.

9. Bawa isteri berehat
Kebanyakan suami menganggap berjauhan daripada isteri adalah suatu kebebasan baginya kerana isteri tidak dapat menghidu apakah yang dilakukan di belakangnya. Kini, anda cuba terbalikkan situasi ini. Sentiasa bawa isteri berjalan-jalan dan berehat di tempat peranginan yang menarik. Walaupun ia nampak remeh, setiap isteri pasti akan menghargai saat manis itu.

10. Ciuman khas untuk isteri
Cuba anda tanya diri sendiri bilakah kali terakhir anda mencium dahi isteri anda ketika dia berehat selepas begitu penat bekerja. Tahukah anda ciuman anda di dahi atau kucupan di bibirnya dapat menghilangkan segala kepenatan dan tekanan pada dirinya hari itu. Begitulah kuatnya kuasa ciuman suami kepada isteri. 

Tuesday 2 April 2013

Tupperware Wish List

Senarai wish list tupperware yang menjadi idaman untuk tahun 2013 ni.


Blossom set dah berjaya dapat

Cherry red still mencari

Legacy set dah berjaya dapat


Dessert mole dah booking

Summer set tak tahulah bila nak smpi kat m'sia ni

Suka kumpul set macam ni sbb senang nak hidangkan makanan tanpa perlu risau dengan gangguan lalat , hygine dan cantik.

Monday 25 March 2013

e-filing

Bulan Mac hingga April setiap tahun bermulalah rutin tahunan untuk melengkapkan tafsiran cukai pendapatan.Tahun ni first time aku kene buat e-filing , asalnya mmg nampak macam payah nak buat, tapi sebenarnya benda ni memudahkan kerja kita drpd nk kena isi borang dan kira sendiri cukai samada TERLEBIH BAYAR atau nk kena TIDAK CUKUP BAYAR.

Tatacara jika pertama kali nak buat e-filing :

1. Sila hubungi Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) mengikut negeri masing-masing untuk mendapatkan
    NO PIN anda - ni no LHDN Seremban 06-7665000 (talian tel mmg agak sibuk skrg )
2. Setelah dapat NO PIN lawati laman web www.hasil.gov.my
3 .Dapatkan carian e-file
4. Click pada Login Kali Pertama - ikuti langkah yang diberikan step by step
    Lengkapkan semua borang yang perlu diisi ( jgn lupa kumpulkan semua perbelanjaan yang anda lakukan
    pada tahun ditafsir
5. Setelah selesai anda akan mengetahui nilai cukai yang dikenakan secara automatik.
6. Jika terpaksa BAYAR sila lakukan di bank-bank yang telah dinyatakan atau gunakan sistem e-bayaran
7.  Cetak semua dokumen untuk simpanan anda - selamat mencuba

*TIPS : Jika kurang yakin dapatkan bantuan rakan-rakan anda yang telah berpengalaman melakukan e filing.

Bisanya ada membayar cukai yang mendapat pulangan semula yang dikreditkan terus oleh LHDN ke akaun peribadi jika berlaku lebihan bayaran. Untuk tahun ni terpaksalah aku bayar RM 41.26 sbb banyak dokumen perbelanjaan yang tidak disimpan. Jadi tahun 2013 ni kene buat sistem filing dengan baik. Sasaran e filing 2013 ialah '0' bayaran.

Sunday 24 March 2013

Melaka Wonderland


24 Mac 2013

Aktiviti hujung minggu kami bergumbira di taman tema Melaka Wonderland. Tiket masuk untuk weekend
Dewasa RM30 dan Kanak-kanak RM25 . Kalau hari biasa lagi murahlah daripada time weekend dan school holiday. Tgklah aksi-aksi keluarga kami bergumbira sambil mandi manda.


Pintu Masuk


Jom serbu

Senyum dulu sebelum berendam

Seronoknya en suami dapat berendam

Isi perut dulu sebelum sambung mandi


Gelongsor extreme

Sebelum keluar kita potong tag kat tangan dulu


Bergambar sebelum menuju ke car park

Selesai satu hari yang cukup memenatkan namun menggembirakan KAMI


Wednesday 20 March 2013

Main masak-masak

Menu hari ni pelik sikit daripada selalu...................................jeng....jeng...jeng

Tom Yam Kelapa Muda




Bahan-bahan

5 ekor udang basah
5 ekor sotong
1 biji kelapa muda ( asingkan air dan isi )
5 ulas cili padi
2 helai daun limau purut
2 sudu besar pes tom yam
1 labu bawang besar
1 inci halia ( diketuk )
1 inci lengkuas (diketuk)
1 biji limau nipis ( ikut suka )
2 batang serai (diketuk)
daun ketumbar ( jika suka)
bunga kobis & cendawan tiram
3 cawan air
garam dan serbuk perasa

Cara Penyediaan

1. Didihkan air dan masukkan semua bahan .( kecuali seefood & air kelapa)
2. Tambah bahan perasa, garam dan air limau nipis.
3. Masukkan seefood didih selam 5 minit
4. Sebelum padam api masukkan air kelapa dan isinya.
5. Siap dihidang didalam kelapa untuk rasa yang lebih menyelerakan.