Tuesday 31 May 2011

MENGAPA ISTERI CEPAT BOSAN ?????


Isu ni agak berani tetapi aku cuma sekadar bertanya adakah ia benar. Beberapa teman membuat pengakuan seperti ini. Adakah mereka ini bosan dengan isteri atau isteri yang telah bosan nak melayan suami mereka menyebabkan si suami cuba mencari hiburan diluar? apa terjadi pada kasih sayang yang telah disemai semasa diawal perkenalan yang segala-galanya manis belaka. kata orang tua2, kentut pun bau wangi..hehe... ada sebuah kisah yang aku sendiri merasa ada benarnya. Kisahnya kuringkas begini



masa bercinta : jalan pegang2 tangan

bila dah kawin : pegang tangan juga tp kureng sikit lekatnya

bila isteri dah beranak : isteri jln dengan anak, si suami dah berada jarak yang jauh kebelakang atau kedepan.


Masa bercinta : kalau bergayut di handphone, sibuk berebut siapa nak letak dulu..sampai 30minit juga kan

bila dah kawin : call pun bila kadang2.

Bila dah lama kawin : nak call bila btl2 perlu saja.kdg2 tak sempat nk kata bye pun dah kena letak.


Masa bercinta : sibuk tanye bila nk bawak kenal ngan mak & ayah die

Bila dah kawin : malaslah nk balik rumah mentua

Bila dah lama kawin : kalau awak nk balik awak balik lah sorang2.


Masa bercinta : bile kita nk keluar dating ni. rindulah ..... ( baru 2 hari lepas jumpa)

Bila dah kawin : kita duduk rumah jelah tengok tv

Bila dah lama kawin : malaslah saya nk keluar ngan awak ni!


rasanya ada kebenaran juga kan...

Jadi mana perginya romantiknya sisuami?

Mana perginya manja si isteri?


Dan rata-rata lelaki atau suami bila dgn kawan perempuan lain atau "awek" semua tu refresh balik, tapi kenapa tak refresh balik dengan isteri, isteri pula macam dah hilang nak manja2, mgkin sebab baru nak manja, kena 'sound direct' kau da buang tebiat ka?

No comments:

Post a Comment